Tuesday, May 26, 2009

Sentuhan Lensa ku......
Ni gambar lilin. Fokus punya fokus.... memang best... sbb boleh tengok tali lilin....huhuhu
Bawah ni gambar rokok aku masa ku cucuh pada lilin. Ingat leh dapat yg lebih canggih... tapi... mmmmmmm

Teka.. apa ko bondo ni???


Ianya adalah abuk rokok.....

Sekian cerita ttg lensa ku yang membosankan... tak tahu nak wat aper.....



Sunday, May 24, 2009

Fountain....










When the lens capture the fountain.....


Dua gambar yg sama dengan setting yang berbeza. Just click to enlarge and find out more the pic detail.....


By use a better setting, we all can produce better pic.....












Ini adalah adikku dan juga my protege... lalalala.....




Jum jum take take a photo....

Wednesday, April 22, 2009

STAY THE SAME




DON’T YOU EVER WISH
YOU WERE SOMEONE ELSE
YOU ARE MEANT TO BE
THE WAY YOU ARE EXACTLY

DON’T YOU EVER SAY
YOU DON’T LIKE THE WAY YOU ARE
WHEN YOU LEARN TO LOVE YOUSELF
YOU BETTER………

AND I HOPE YOU ALWAYS
STAY THE SAME
CAUSE THERE’S NOTHING ABOUT YOU
I WOULD CHANGE

I THINK THAT YOU COULD BE
WHAT EVER YOU WANT TO BE
IF YOU JUST REALIZE
ALL THE DREAMS YOU HAVE INSIDE

DON’T BE AFRAID
IF YOU GOT SOMETHING TO SAY
JUST OPEN UP YOU HEART
AND ……….WILL BE THE WAY

Monday, January 19, 2009

Malaysia oh Malaysia

Dalam menyusuri tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia berbangga dengan kemajuan yang di gilap namun sedar atau tidak kita sedang melalui suatu proses evolusi dalam corak pemikiran rakyat. Saya baru-baru ini telah berbual dengan beberapa rakan mengenai suatu isu berkaitan dengan pemakaian tali pinggang keledar. Katanya dengan merujuk kepada satu akhbar tempatan menyebut terdapat pengecualian kepada 100,000 buah kancil. Pengecualian pemakaian tali pinggang ini adalah kerana kenderaan tersebut tidak sesuai untuk pemasangan tali keselamatan tersebut. juteru itu, kenderaan tersebut perlu melekatkan satu 'sticker'.

Persoalannya, apakah dengan melekatkan 'sticker' itu boleh menjamin keselamatan sebagaimana yang di war-warkan oleh pihak tertentu itu? Kelakar bukan. Tidak keterlaluan jika saya katakan orang yang mencetuskan idea pemakaian tali pinggang itu, sebenarnya berada dalam keadaan bodoh dan cetek akal. Mana tidaknya, mereka mencetuskan idea dengan tidak memikirkan pelbagai aspek dan tidak melalui kajian yang terperinci.
Cuba para sahabat fikir...

Sebuah kenderaan dapat dikurangkan risiko kemalangan jika penumpang belakang memakai tali pinggang keselamatan. Namun secara tiba-tiba kenderaan 'KANCIL' dikecualikan, dengan memakai 'sticker'. Mana perginya prinsip mengurangkan kemalangan? Adakah' sticker' itu dapat mengurangkan kemalangan. Kelakar bukan. Kemudian, jika penumpang belakang melebihi 3 orang, boleh dikecualikan. Seandainya berlaku kemalangan, bukankah orang keempat itu akan memberi impak kepada pemandu di hadapan? sekali lagi rasa nak ketawa pun ada. Apa nak jadi dengan idea ini. Sepatutnya idea yang lebih bernas perlu difikirkan dan bukannya dengan mencadangkan sahaja.
Dulu, satu idea dikeluarkan iaitu penggunaan lampu motosikal pada waktu siang hari. Ini juga dikatakan dapat mengurangkan kemalangan atau risiko kematian. Tapi, cuba kita lihat berapa ramai yang memasang lampu juga boleh mati dan boleh terlibat dengan kemalangan. Ini perlu diselidiki, apakah punca sebenar kemalangan berlaku di Malaysia.
Berbalik kepada pemakaian tali pinggang keselamatan. Berapa banyak kereta jika terlibat dengan kemalanagan akan selamat. Walau pakai tali pinggang sepuluh pun tetap akan mati jika impak kemalangan itu besar. Apakah tali pinggang itu satu perkara yang sangat perlu diberi perhatian?

Sepatutnya kita mengkaji sikap rakyat Malaysia. Kebanyakan masyarakat di Malaysia kurang menghargai nyawa orang lain dan kurang sayangkan nyawa sendiri. Sepatutnya didikan kepada pengguna jalanraya adalah perlu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan penguatkuasaan sedikit sebanyak dapat mendidik sikap pengguna jalanraya, namun apakah itu satu cara terbaik? Apa yang perlu adalah pendidikan dari masa ke semasa seperti melaksanakan satu program peperiksaan 5 tahun sekali bagi semua pengguna jalanraya. Mereka dikehendaki menduduki ujian tersebut bagi memastikan pemahaman mereka terhadap peraturan adalah perlu. Kemudian bagi mereka yang melanggar undang-undang berat seperti terlibat dalam pelanggaran, melanggar lampu merah, tiada lesen memandua dalah dikehendaki melakukan kerja amal seperti mengedar risalah keselamatan bagi pihak JKJR kepada semua pengguna lain. Dan pada diri mereka perlu diletakkan satu kerta yang tertera "Saya Pesalah Jalanraya". Dengan tak langsung semua pengguna jalanraya lain akan lebih berhati-hati supaya tidak menjadi seperti itu. Ini namanya pendidikan melalui psikologi. Lebih berkesan tapi rasa lawak skit lah kalau kena kat saya....hahahaha. Ibu bapa yang membenarkan kenderaan mereka dibawa oleh anak yang tidak mempunyai lesen seharusnya juga diambil tindakan seperti menyuruh mereka membuat kerja amal.
Denda dengan duit bukan segala-galanya kerana ramai yang mampu bayar denda. tambahan lagi kalau mereka yang berbuat kesalahan itu adalah daripada golongan atasan seperti Datuk, Dato' Tan Sri dan sebagainya. Tambah lagi kalau anak orang berada. Pasti bagi mereka itu suatu perkara 'enteng'. cuba fikit oiii....

Oh ya, satu lagi, baiki lah jalanraya tu, banyak lubang. Sapa nak tangung kalau rosak kenderaan kita pandu tu, pastu silap elak lubang langgar pula kereta lain, tak pun terbabas..... haiiii.. Malaysia boleh hehehehe.
Kalau nak cerita banyak kat sini pun tak ada guna sebab tak ada faedah jika kita beri bunga pada kera. Apatah lagi kalau nasihat pada orang dungu. Maaf.
Ok lah. Cukuplah sampai disini, rasanya tentang hal-hal lain kita fikir-fikirkan lah bersama. Apa yang pasti, pihak tertentu semakin kurang idea yang baik kerana mensia-siakan para ilmuan yang ada untuk dirujuk. Rujuk lah dulu ahli fikir atau professor untuk dapatkan idea yang baik sebelum laksanakan sesuatu perkara itu. Musyawarah ler....